Mangga Kalimantan, Kasturi (Mangifera casturi)

Mangga Kalimantan (Mangifera casturi) atau lebih dikenali secara tempatan sebagai Kasturi ialah pokok buah-buahan tropika setinggi 10–30m yang endemik kepada kawasan yang amat kecil sekitar Banjarmasin di Selatan Borneo (Indonesia). Kini, ia telah pupus akibat pembalakan haram. Walaubagaimanapun, ia masih dibiak di kawasan ini untuk buahnya yang sedap.

Saiz buah-buahan Mangga Kalimantan (Mangifera casturi) adalah kecil berbanding dengan spesies mangga yang lain. Beratnya sekitar 50 hingga 84 gram setiap satu. Apabila tidak matang lagi, buah ini berwarna hijau – tetapi apabila telah matang, warnanya bertukar ke coklat atau ungu kehitaman dan mempunyai permukaan yang berkilat, sering dengan warna ungu. Corak warnanya juga adalah penentuan variasi M. casturi. Terdapat 3 variasi Mangifera casturi – Kasturi, Mangga Cuban dan Pelipisan. Variasi yang popular ialah Kasturi kerana baunya. Mangga Cuban dan Pelipisan sering dianggap spesies yang berlainan. Walaubagaimanapun Pelipisan boleh dijumpai dengan baunya yang harum seperti Kasturi yang menunjukkan kemungkinan buah ini adalah kacukan Kasturi. Masih banyak penyelidikan yang perlu dilakukan unuk menentukan spesiesnya.

foto

Buah Mangga Kalimantan (Mangifera casturi), Borneo, Indonesia

Isi buah ini berwarna jingga dan mempunyai tekstur berserabut serta bau harum yang unik. Jika kita bandingkan Kasturi dengan Mango (Mangifera indica), rasa Kasturi kurang manis tetapi mempunyai rasa yang lebih kuat serta mempunyai aroma yang lembut. Isi Kasturi tinggi denga serat.

foto

Butiran tentang Mangga Kalimantan (Mangifera casturi), Borneo, Indonesia

Kasturi amat popular dikalangan penduduk Selatan Borneo serta rantau yang berdekatan. Bau buah ini amat harum dan terdapat lagu lama tentangnya: “Seharum kasturi, seindah pelangi, semuanya bermula.”

Pembalakan haram menyebabkan kepupusan pokok ini di alam semulajadi. Pokok Mangga Kalimantan yang lama sedang diancam kepupusan oleh pembalakan haram kerana kuantiti kayunya. Pokok biasanya dibiak secara kecil-kecilan oleh penduduk tempatan di halaman mereka atau di kebun kecil.

Tidak seperti pokok buah-buahan tropika yang membesar dengan cepat, Mangga Kalimantan tidak ditanam di ladang besar di Indonesia kerana proses pembesarannya yang lambat. Ladang-ladang Mangga Kalimantan hanya boleh dijumpai di kawasan Matamaran di daerah Banjar (daerah Banjar tidak sama dengan daerah Banjarmasin). Penduduk Matamaran cuba menanam secara kecil-kecilan pada tahun 1980 dan tuaian pertama adalah pada tahun 2005. walaupun buah ini dijumpai secara tempatan dengan banyak, ia masih tidak dapat memenuhi permintaan.

Kegunaan pokok Mangga Kalimantan terhad kepada buahnya dan kayunya. Walaupun pokok lama mempunyai batang setinggi 1 meter, orang Banajar ( kumpulan etnik orang asli pedalaman dan pesisir yang menetap di Selatan Borneo) cenderung untuk menggunakan buahnya sahaja kerna tempoh pembesaran pokok yang lama. Oleh itu, orang Banjar memilih pokok yang lain sebagai sumber kayu mereka dengan kualiti yang sama atau lebih tinggi. Untuk mendapatkan buahnya adalah sukar kerana pokok Kasturi membesar dengan tinggi dan seseorang perlu memanjat untuk mendapatkan buahnya – buah yang jatuh ke tanah adalah buah berkualiti rendah.

Buahnya boleh dimakan secara mentah atau diproses sebagai jem Kasturi. Namun, jarang di dalam jualan di pasaran, kerana pekebun memakannya sendiri. Produk lain yang dibuat dengan mangga adalah puri mangga, jus atau dodol (kuih tradisional). Walaubagaimanapun, produk ini agak sukar ditemui kerana buah yang segar selalu mempunyai permintaan yang tinggi dan salah satu buah-buahan kegemaran penduduk Banjar. Buahnya juga agak mahal tetapi bagi penduduk Banjar, ia berbaloi dengan wang mereka kerana rasanya yang sedap!

Printed from http://www.botanix.kpr.eu/ms/print.php?t=2