Botanix – Jurnal tumbuh-tumbuhan dan taman

Botanix Bahasa Melayu

Palma tahan beku palm Rhapidophyllum hystrix (Palma Jarum)

foto

Rhapidophyllum hystrix

Rhapidophyllum hystrix adalah salah satu spesies palma tahan beku. Hanya terdapat satu spesies di dalam genus Rhapidophyllum. Habitat semulajadi palma ini adalah di kawasan paya di bahagian Selatan-Barat AS. Walaubagaimanapun, kerana ketahanan bekunya sehingga serendah – 20 °C, ia adalah tumbuh-tumbuhan taman yang popular di seluruh dunia, terutamanya di Eropah.

Ia adalah spesies palma keras dan hanya membesar sehingga ketinggian 1–3 meter dengan duri-duri yang menaik pada batang pokoknya. Rhapidophyllum Hystrix adalah palma kipas bersemak yang kecil, yang menghasilkan penghisap dengan bebas, tangkai yang banyak ini mencipta gumpalan bulat yang terus melebar dan tidak dapat ditentukan kelebarannya. Selepas satu jangka masa, tangkai yang padat ini akan membentuk belukar yang tebal. Palma jarum ini tidak menghasilkan batang tetapi mempunyai mahkota yang memanjang dengan lambat yang mungkin membesar sekitar 1.,2 m panjang dan kira-kira berdiameter 17,8 cm. Batangnya terdiri daripada dasar daun lama, serat dan duri yang panjang dan lampai. Apabila setiap tangkai matang, lebih banyak duri yang lampai tumbuh di antara lampiran daun. Biji benih perlu disemai ke dalam tanah yang basah dan dikekalkan suhu sekitar 20 °C. Semasa 3 tahun pertama, disarankan untuk meletakkan palma muda jauh dari sebarang pembekuan. Palma jarum lebih menyukai kedudukan yang lembap di tempat yang cerah atau teduh, tetapi secara umumnya memerlukan lebih banyak sinaran matahari apabila altitud semakin meningkat. Walaubagaimanapun, ianya nampak terbaik apabila berada di dalam keteduhan separa. Apabila ia hidup di bawah sinaran matahari yang penuh, mahkota kemungkinan menjadi lebih padat dan daunnya akan kehilangan warna hijau gelap. Tumbuhan yang berusia lebih daripada 3 tahun boleh diletakkan di luar taman sepanjang tahun jika anda tinggal di kawasan di mana suhu tidak jatuh di bawah –10 °C. Sebagai palma tahan beku, ia memerlukan tanah yang beraliran baik dan diletakkan di bahagian selatan. Musuh utama palma ini semasa musim sejuk bukannya pembekuan, tetapi tanah yang terlalu basah. Gabungan di antara suhu yang sejuk dan air yang banyak akan merosakkan akarnya. Palma ini boleh bertahan daripada beku dengan suhu serendah –15°C hingga –20 °C. Suhu yang paling rendah pernah direkodkan ialah –28 °C dan palma tersebut telah bertahan.

Palma tahan beku untuk dijual

««« Artikel sebelumnya: Pokok Marang, Pokok Terap (Artocarpus odoratissimus) Artikel seterusnya: Pokok Khasi Pain (Pinus kesiya) »»»

Jumaat 7/5/2010 22:31 | Cetak | Pokok Palma

Tentang KPR

KPR - Kelab Para Pekebun Slovakia
KPR - Kelab Pekebun adalah organisasi pekebun antarabangsa. Baca selanjutnya...
Kongsi pengalaman anda tentang menanam tumbuh tumbuhan. Tulis artikel tentang perkebunan, tumbuh-tumbuhan, pembesaran tumbuh-tumbuhan dan sebagainya yang berkaitan dan terbitkan di dalam bahasa anda di dalam jurnal Botanix kami! Hubungi kami untuk maklumat selanjutnya.