Botanix – Jurnal tumbuh-tumbuhan dan taman

Botanix Bahasa Melayu

Pokok Mempari (Pongamia pinnata)

foto

Pongamia pinnata

Pokok Mempari (Pongamia pinnata) (nama vernakular lain: Honge Tree, Pongam Tree, Panigrahi) adalah jenis pokok yang menggugurkan daun di dalam musim luruh, berketinggian kira kira 15–25 meter, dan termasuk di dalam famili Fabaceae. Ianya mempunyai fizikal yang berbentuk besar di bahagian atas dan mempunyai banyak bunga bunga kecil berwarna putih, merah jambu dan ungu. Ianya berasal dari negara India, tetapi banyak dibiakkan dan ditanam di Asia Tenggara.

Pokok Mempari (Pongamia pinnata) adalah sejenis pokok tropika yang sangat kukuh, tahan kepada kepanasan dan cahaya matahari. Ini adalah kerana sistem akarnya yang kuat dan besar di mana ianya juga tahan kepada kemarau. Asalnya, ianya tumbuh di kawasan kawasan berpasir atau tanah tanah berbatu. Tetapi, di dalam penanaman dan penyuburan, ianya boleh ditanam hampir di semua kawasan berbatu dan juga tanah tanah yang mempunyai unsur garam.

Pokok ini selalunya ditanam di kawasan kering dan sering digunakan di dalam projek landskap sebagai penghadang angin atau tempat berteduh. Kulit pokok ini boleh digunakan untuk membuat tali pintal dan getahnya yang berwarna hitam sering digunakan sebagai ubat untuk menyembuhkan luka disebabkan gigitan ikan beracun.

Gumpalan akarnya menghasilkan gas nitrogen yang setara, iaitu proses di mana gas nitrogen (N2) daripada udara ditukarkan kepada NH4+ (sejenis bentuk gas nitrogen yang terdapat pada tumbuhan). Tambahan, ia bertindak sebagai baja kepada tumbuhan yang kekurangan nutrien. Walaupun, secara keseluruhannya, tumbuhan ini adalah bertoksik, cecair dan minyak daripada tumbuhan ini adalah dikategorikan sebagai antiseptik. Minyaknya digunakan pada lampu, di dalam pembuatan sabun, cecair pelincir dan juga boleh digunakan sebagai bio-diesel.

««« Artikel sebelumnya: Mangga Kalimantan, Kasturi (Mangifera casturi) Artikel seterusnya: Membiak Mangga daripada benih »»»

Selasa 4/5/2010 21:02 | Cetak | Tumbuh tumbuhan Eksotik

Tentang KPR

KPR - Kelab Para Pekebun Slovakia
KPR - Kelab Pekebun adalah organisasi pekebun antarabangsa. Baca selanjutnya...
Kongsi pengalaman anda tentang menanam tumbuh tumbuhan. Tulis artikel tentang perkebunan, tumbuh-tumbuhan, pembesaran tumbuh-tumbuhan dan sebagainya yang berkaitan dan terbitkan di dalam bahasa anda di dalam jurnal Botanix kami! Hubungi kami untuk maklumat selanjutnya.