Botanix – Jurnal tumbuh-tumbuhan dan taman

Botanix Bahasa Melayu

Arkib untuk kesemua artikel

Di sini anda akan dapat mencari artikel yang terdapat di dalam Botanix ditulis di dalam Bahasa Melayu.

Category: Semuanya Arahan untuk penanaman dan pembiakan tumbuh-tumbuhan Konifer Pokok Palma Tumbuh tumbuhan Eksotik Tumbuh tumbuhan akuatik dan berair

Author:

Kategori: Tumbuh tumbuhan Eksotik

Tumbuh tumbuhan Eksotik

Pokok Marang, Pokok Terap (Artocarpus odoratissimus)

Genus Pokok Sukun (Artocarpus) terdiri daripada 60 spesies pokok tropika malar hijau daripada keluarga Moraceae (keluarga kertau atau keluarga pokok ara). Ia hidup di Asia Tenggara dan kepulauan Lautan Pasifik. Buah marang berkait rapat dengan Ficus (pokok ara). Buah marang yang paling banyak dibiakkan ialah Artocarpus altilis (Kolo, Rimas). Sesetengah spesies yang lain seperti Artocarpus communis, Artocarpus integer (Pokok Cempedak), Artocarpus heterophyllus (Nangka) dan Artocarpus odoratissimus (Pokok Marang, Pokok Terap) merupakan sebahagian daripada keluarga buah marang.

Jumaat 7/5/2010 22:26 | Cetak | Tumbuh tumbuhan Eksotik

Pokok Mempari (Pongamia pinnata)

foto

Pongamia pinnata

Pokok Mempari (Pongamia pinnata) (nama vernakular lain: Honge Tree, Pongam Tree, Panigrahi) adalah jenis pokok yang menggugurkan daun di dalam musim luruh, berketinggian kira kira 15–25 meter, dan termasuk di dalam famili Fabaceae. Ianya mempunyai fizikal yang berbentuk besar di bahagian atas dan mempunyai banyak bunga bunga kecil berwarna putih, merah jambu dan ungu. Ianya berasal dari negara India, tetapi banyak dibiakkan dan ditanam di Asia Tenggara.

Selasa 4/5/2010 21:02 | Cetak | Tumbuh tumbuhan Eksotik

Mangga Kalimantan, Kasturi (Mangifera casturi)

Mangga Kalimantan (Mangifera casturi) atau lebih dikenali secara tempatan sebagai Kasturi ialah pokok buah-buahan tropika setinggi 10–30m yang endemik kepada kawasan yang amat kecil sekitar Banjarmasin di Selatan Borneo (Indonesia). Kini, ia telah pupus akibat pembalakan haram. Walaubagaimanapun, ia masih dibiak di kawasan ini untuk buahnya yang sedap.

Isnin 3/5/2010 21:18 | Cetak | Tumbuh tumbuhan Eksotik

Mangga di Indonesia

Di Pulau Borneo di Indonesia terdapat 34 spesies Mangga (Mangifera) yang hidup secara semulajadi di pulau itu. Banyak dari spesies ini diancam kepupusan akibat penebangan hutan hujan. Beberapa spesies Mangga, contohnya Kalimantan Mangga (Mangifera casturi) sudah pupus di alam liar.

Selasa 20/4/2010 21:18 | Cetak | Tumbuh tumbuhan Eksotik

Continue: 1-4 Pergi ke arkib terbaru

Tentang KPR

KPR - Kelab Para Pekebun Slovakia
KPR - Kelab Pekebun adalah organisasi pekebun antarabangsa. Baca selanjutnya...
Kongsi pengalaman anda tentang menanam tumbuh tumbuhan. Tulis artikel tentang perkebunan, tumbuh-tumbuhan, pembesaran tumbuh-tumbuhan dan sebagainya yang berkaitan dan terbitkan di dalam bahasa anda di dalam jurnal Botanix kami! Hubungi kami untuk maklumat selanjutnya.