Botanix – Jurnal tumbuh-tumbuhan dan taman

Botanix Bahasa Melayu

Pokok Khasi Pain (Pinus kesiya)

Pokok Khasi Pain (Pinus kesiya) adalah sejenis spesies yang membiak pantas di Asia, yang jarang dijumpai di kawasan luar dari tempat asalnya. Pokok ini berketinggian kira kira 30–35 meter dan diameter batangnya boleh mencecah kepada 1m. Setiap dahan mempunyai 3 duri – setiap daripanya adalah antara 15–20 cm panjang. Buah daripada pokok ini adalah berukuran kira kira 5 hingga 9 cm panjang dan benihnya adalah di antara 1,5 hingga 2,5 cm panjang.

Sabtu 8/5/2010 10:45 | Cetak | Konifer

Palma tahan beku palm Rhapidophyllum hystrix (Palma Jarum)

foto

Rhapidophyllum hystrix

Rhapidophyllum hystrix adalah salah satu spesies palma tahan beku. Hanya terdapat satu spesies di dalam genus Rhapidophyllum. Habitat semulajadi palma ini adalah di kawasan paya di bahagian Selatan-Barat AS. Walaubagaimanapun, kerana ketahanan bekunya sehingga serendah – 20 °C, ia adalah tumbuh-tumbuhan taman yang popular di seluruh dunia, terutamanya di Eropah.

Jumaat 7/5/2010 22:31 | Cetak | Pokok Palma

Pokok Marang, Pokok Terap (Artocarpus odoratissimus)

Genus Pokok Sukun (Artocarpus) terdiri daripada 60 spesies pokok tropika malar hijau daripada keluarga Moraceae (keluarga kertau atau keluarga pokok ara). Ia hidup di Asia Tenggara dan kepulauan Lautan Pasifik. Buah marang berkait rapat dengan Ficus (pokok ara). Buah marang yang paling banyak dibiakkan ialah Artocarpus altilis (Kolo, Rimas). Sesetengah spesies yang lain seperti Artocarpus communis, Artocarpus integer (Pokok Cempedak), Artocarpus heterophyllus (Nangka) dan Artocarpus odoratissimus (Pokok Marang, Pokok Terap) merupakan sebahagian daripada keluarga buah marang.

Jumaat 7/5/2010 22:26 | Cetak | Tumbuh tumbuhan Eksotik

Pokok Palma Parajubaea torallyi (Palma Chico, Bolivian mountain coconut)

Parajubaea torallyi adalah pokok palma keras yang cantik dari Amerika Selatan. Bagaimanapun, ia jarang dibiak oleh pekebun di luar habitat semulajadinya, Bolivia, kerana biji benihnya yang besar (bermakna kos penghantaran yang tinggi)

Berasal dari Bolivia, ia tumbuh di Banjaran Andes yang kering dan berdebu, pada altitud 2700–3400 di atas aras laut. Maka,spesies palma ini adalah spesies paras tinggi yang tumbuh di mana sahaja di dunia. Suhunya jarang naik melebihi 20 °C dan pembekuan malam tidak jarang di altitud ini. Suhunya sering jatuh sehingga serendah –7 °C semasa bulan musim sejuk (Julai dan Ogos) dan kadar hujan tahunan hanyalah 550 mm.

Jumaat 7/5/2010 22:09 | Cetak | Pokok Palma

Seroja India (Nelumbo nucifera)

foto

Bunga Seroja India

Seroja India (Nelumbo nucifera) adalah tumbuhan akuatik yang cantik dengan daun hijau yang terapung di atas permukaan air. Bunganya yang berwarna merah jambu biasanya dijumpai pada tangkainya yang tebal yang naik beberapa sentimeter di atas air.

Bunga Seroja India dianggap suci dan digunakan oleh penganut Buddha semasa acara keagamaan. Keseluruhan tumbuhan tersebut boleh untuk dimakan, walaupun terutamanya biji benih dan akar (rhizom) biasanya digunakan di dalam masakan tradisional di seluruh Asia Tenggara. Seroja India adalah tumbuh-tumbuhan rawa yang boleh ditanam seperti teratai harum. Ianya tidak sukar untuk menanam tumbuhan ini dengan keadaan kami; hanya seorang perlu tahu!

Khamis 6/5/2010 22:04 | Cetak | Tumbuh tumbuhan akuatik dan berair, Arahan untuk penanaman dan pembiakan tumbuh-tumbuhan

Continue: 1-5 6-9

Tentang KPR

KPR - Kelab Para Pekebun Slovakia
KPR - Kelab Pekebun adalah organisasi pekebun antarabangsa. Baca selanjutnya...
Kongsi pengalaman anda tentang menanam tumbuh tumbuhan. Tulis artikel tentang perkebunan, tumbuh-tumbuhan, pembesaran tumbuh-tumbuhan dan sebagainya yang berkaitan dan terbitkan di dalam bahasa anda di dalam jurnal Botanix kami! Hubungi kami untuk maklumat selanjutnya.